Sering kali saya menerima pertanyaan bagaimana harga kek yang saya jual ditentukan? Saya hanya tersenyum. Malah ada juga yang bercerita, kos mereka membuat kek sendiri lebih rendah dan ofkoslah jimat dari tempah kan? Saya senyum lagi...
- Pertama sekali, sebelum anda berniat nak menempah, anda kenalah tahu yang anda sedang bersedia membeli, maka anda perlu sanggup untuk membayar dengan harga yang diberikan. Ianya sangat berbeza dengan anda meminta tolong buatkan kek tersebut.
- Kedua, apabila anda menempah kek maka si penjual perlu bersedia dengan kos2 tersembunyi seperti elektrik, air, sabun basuh pinggan, tools yang kadangkala perlu beli baru demi menyiapkan kek impian anda, minyak kereta, bil telefon dan pelbagai lagi. Walaupun kebanyakkan bakers kini hanya beroperasi di rumah, tetapi itu juga boleh dianggap sebagai kos yang perlu mereka bayar demi menyiapkan sebiji kek. Belum lagi cerita masa yang diambil untuk menyiapkan sebiji kek yang kadangkala tak tidur malam bersengkang mata.
- Ketiga, selain dari perkara2 tersebut, kepakaran untuk menyiapkan sebiji kek juga diambil kira. Kadangkala, seorang bakers itu perlu menghadiri kursus berbayar yang kebanyakkannya bukan boleh dipelajari dengan harga puluhan ringgit, tetapi setiap satu kursus itu memakan harga beratus-ratus ringgit. contohnya, harga untuk kelas bunga2 menggunakan butterkrim ( untuk 4/5 jenis bunga) student perlu membayar dengan harga RM350. Selepas itu, mereka perlu juga latihan untuk memahirkan diri yang mana kebanyakkannya akan menjadi makanan tong sampah. huhhuhu..
percayalah kos membuang itu lebih banyak dari menerima :) - Keempat, bahan2 yang digunakan oleh para bakers juga menentukan harga sebiji kek. setiap bakers mempunyai trademark mereka sendiri. Ada yang mementingkan Quality, maka semua bahannya adalah mahal belaka dari tepung gandum, butter dan bahan2 deko yang digunakan. Ada juga bakers yang sederhana, hanya barang2 tertentu saja yang quality, biasanya butter dan cream cheese. Ada juga yang biasa2 sahaja.
so, diatas faktor2 di atas, maka tolonglah... jangan bandingkan harga anda dengan harga kami bakers picisan ni. Setiap dari kami mempunyai sasaran pelanggan tersendiri dan kami berbeza. umpamanya, durian, walaupun ianya durian sekiranya mereka datang dari pokok dan gred yang berbeza, maka rasa dan harganya tidak akan sama.
Tanpa membuang masa, mari saya kongsikan tips / cara pengiraan sebiji kek.
- senaraikan kesemua bahan2 yang anda gunakan untuk sebiji kek. contoh :
ini adalah contoh kek butter asas. Sebelum tu chek Resepi anda ye, cer tengok bahan yang anda gunakan, butter apa, susu apa, tepung kek jenama apa.. sila senaraikan. Meh kita tengok kolum ke 3. itu adalah harga asal setiap bahan dan berat asal ada di kolum ke 4. Untuk memudahkan anda, kita tengok line pertama .
250 mentega (berat asal 1kg) berharga RM15
15.00 / 1000 = dapat harga pergram (0.015) x jumlah yang digunakan (250gm) = rm3.75
begitulah anda buat sehingga habis. sekiranya ianya melibatkan cecair, maka anda boleh letak harga agak2 :) saya cadangkan, letaklah harga lebih sedikit dengan jangkaan harga barang akan datang akan naik. jadi pengiraan ini lebih bertahan lama.
- kemudian jika anda menggunakan bahan buttercream / ganache atau fondant, senaraikan juga begitulah juga pengiraannya. Biasanya, untuk fondant saya letakkan harga asal fondant terus. Kerana kebiasaannya, sekilo fondant cukup untuk menyaluti sebiji kek.buat kiraan seperti diaatas juga. kira semuanya.
- Biasanya, bakernya mengira ratio 2/ 2.5/3/4. Ratio ini ditentukan oleh tempat dijual, siapakah pengguna atau pun promosi. tak faham? meh saya terangkan. Sekiranya anda tinggal di kawasan yang mana ekonomi penduduknya kategori sederhana, maka disini anda boleh lah gunakan ratio 2/ 2.5. contohnya :: harga kos sebiji kek butter ialah RM7.85 sen. So, kita darabkanlah dengan 2 atau 2.5 maka dapatlah rm15.70 (ratio 2) / rm19.625 (ratio 2.5). So inilah harga jualan kita. :)
- contoh lain, campurkan kos sebiji kek butter, kos topping/ filling yang digunakan, kos lain2 seperti pisau, piping bag, air dan elektrik (saya letak RM5), minyak dan bil telefon jika ada. Dah jumlah kan semua, kemudian barulah kita darabkan dengan ratio tadi. ohh jangan pula kita lupa upah kita menyiapkan kek tersebut. contohnya satu jam RM10. sekiranya kita mengambil tempoh masa 4 jam maka RM40 lah upah kita. Kadang2 saya abaikan je bab upah ni, agak2 da untung ok la .. lagipun bila tengok customer senyum dan suka dengan hasil kerja kita itu dah cukup bersyukur dah.
- ok, bila masa pulak nak guna ratio 4 ni? biasa digunakan untuk kek fondant. ada juga yang guna ratio lebih dari 4. itu bergantung kepada kesusahan dan masa yang diambil sebiji kek. saya masih baru dalam dunia fondant. jadi harga yang biasa saya kenakan adalah mengikut ratio pengenalan je. saya masih perlukan masa untuk pastikan hasil kerja saya kemas dan memuaskan hati.
ok, agak2 faham x dengan penjelasan di atas? takpaham boleh je tanya. sebelum saya nak beransur pergi, agak2 berapakah kos yang dikenakan oleh bakers untuk menyiapkan sebiji kek diatas? kek ni diambil dari http://mcgreevycakes.com/creating-silhouettes-on-cake-making-wafer-paper-ribbons/. saya suka cuci mata dengan hasil kerja dia. sangat ohsemm :)