Assalamualaikum…
Salam bertemu kembali J.
Rasanya macam baru sekejap anak2 memeriahkan suasana rumah, Isnin nanti Ammar
da mula sibuk dengan sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Pastinya sunyi tanpa
kebecokan mulutnya, dan Arissa juga
pasti terasa sunyi tanpa usikan abang kesayangannya. Maka kembalilah tugas mama
sebagai ‘Ibu Supir’. Walaupun kadangkala agak letih turun tangga naik tangga
berulang kali, tapi kepuasan menjemput dan menghantar anak ke sekolah merupakan
sesuatu yang saya sangat bersyukur. Alhamdulillah..
Bagaimana dengan persiapan persekolahan kawan2? Untuk persiapan
sekolah Ammar simple sahaja. Kebanyakkan baju sekolah dan seluar sekolah Ammar
masih lagi muat. Jadi kami cuba beli sepasang baju sekolah agama dan sepasang
baju sekolah kebangsaan. Alat tulis dan peralatan sekolah lain kebanyakkannya
kami beli sikit2 bermula pertengahan tahun lalu. Jadi, tumpuan hujung tahun
adalah lebih kepada pembelian buku aktiviti dan yuran. Sedikit lega kalau
begitu J.
Pakaian Ammar kami beli di pasaraya Kawanmu dan Pasaraya MM
manakala alat tulis Ammar banyak kami beli yang biasa2 saja. Kebanyakkannya di
kedai RM2, Mr. Diy ada juga sedikit dari MPH. Alhamdulillah itupun voucher
free.
Oklah, melayani karenah anak yang sedang membesar dan pandai
menikmati keenakkan makanan adalah sesuatu yang agak mencabar juga. Kalau dulu,
telur masak kicap, telur mata kerbau tuang kicap, dan sup ayam / daging adalah
faveret anak2. Kini, seiring dengan peningkatan usia, macam2 pula yang
dimintanya. Heheheh. Kita pula yang kadangkala tergaru-garu kepala memikirkan
permintaannya. Tarikan iklan yang begitu menggugat jiwa raga kadangkala
memainkan perasaan anak2, lalu kepada si ibulah mereka meluahkan perasaan. Aduh… tetiba rasa pening
kepala J
Mungkin bukan saya seorang yang merasakan bahawa pizza
adalah kategori makanan mahal. Tak kisahlah, pizza hut, dominos, Canadian, Italian
ataupun apa2 jenama pun, harganya agak melantun terkejut juga. Kadangkala bila
memikirkan harganya, rasa teringin tu memang pendam dalam hati jauh2. Bukan apa,
risau pula beli mahal2 kita sorang je yang makan. Ouuhh, sudahlah kita ni mokmok, mau terpelanting
juga jarum timbang bila kita makan sekeping pizza nanti. Hahahah pengsan
Mengenangkn harganya yang mahal , maka simpan jugalah niat
untuk memakan pizza dominos. Gara2 terliur dengan iklan pizza cheezy crust. Dahlah
sekeping rm30++. Maka, tergerak pula bertanya dengan Ammar samada dia nak tak
pizza tu. Heheheh memang rezeki bila ammar pun teruja nak makan pizza. Maka segeralah
kita order menggunakan pizza delivery. Sekali sampai, ammar tak sudah memuji
keenakkan pizza tersebut. Rasanya memang berbaloi dan seronok bila benda yang
sedikit dapat kita kongsi sama keenakkannya.
Mungkin dah jadi term di dominos pizza, setiap penghantaran
yang lambat sampai dari waktu yang sepatutnya, maka pelanggan layak menerima
sekeping voucher free regular pizza untuk next order. Puas jugalah kami makan,
mungkin ada la juga 2-3 kali order. Sehinggalah akhir order kami tak terima
lagi voucher free tu. Huhuhu..
Selang beberapa bulan Ammar da mula merengek untuk sekeping
pizza kegemarannya. Jenuh la memikir sebab memandangkan ianya mahal walupun
ternyata sedap tapi mungkin tak cukup untuk dia… lalu, saya pun berjanji akan
membuat pizza homemade. Serius, saya tak khatam lagi ilmu meroti, mempiza dan
mendonut ke apa.. hari2 dia tuntut janji tu.. maka suatu hari tu nekadla beli
bahan2 yang kebetulan ada promosi topping pizza dengan ditambah bahan sedia ada
dirumah.
So, ni saya share resepi yang saya ambil dari kak azie
kitchen. Rasanya memang sedap n maveles da.. Cuma saya tambah sedikit mengikut
cara saya dan bahan yang saya ada dirumah
Homemade Pizza Doh
Resepi Asal : azie
kitchen
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil - (saya gunakan minyak masak je.)
Sedikit olive oil (lumur) - ( yang ni pun saya
gunakan minyak masak je)
Cara2nya: -
( boleh follow gambar di page Azie kitchen untuk lebih detail )
1) Campurkan gula ke dalam air suam dan
masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. Saya tunggu
sampai air berbuih, baru rsa confident nak masukkan dalam doh pizza.
2) Ayak tepung ke dalam mangkuk.
Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan minyak
masak ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi. (time ni dahi saya dah berkerut
sebab risau tak jadi huhuhu)
3) Ambil pisau dan dilalukan seolah
memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati. Buatla potong lapan ke
potong sepuluh ke. Ini untuk bagi laluan air yang berkumpul di tengah tadi
tersalur ke seluruh adunan doh.
4) Dengan menggunakan kedua dua tangan,
uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan. Masa saya buat, doh agak
melekat di tangan jadi saya ambil sesudu margerin sapu di seluruh tangan baru
senang nak uli.
5) Taburkan tepung gandum atas papan
pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh,
tekniknya macam kita sental baju kat papan penyental J. Nak cantik gebu uli sampai
permukaannya agak licin dan tak meletak di tangan. Waktu ni rasa ringan je masa
kita uli tu.
6) Sapukan minyak masak di sekeliling
mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi minyak masak di
serata permukaan atas doh.
7) Akhir sekali tutup dengan plastic
wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali
ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
8) Sapukan dulang pizza (saya guna Loyang
yang boleh keluarkan tapak tu) (kalau takde boleh juga guna tutup periuk )dengan
butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi
mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa
topping pizza yang disukai.
9) Bakar dalam suhu 250C selama 5 minit
dan kurangkan ke 220C selama 15 minit lagi atau sehingga crust bertukar
keperangan. Gunakan api atas bawah.
Untuk topping
:
Saya gunakan
Sos spageti
tradisional jenama adabi
Cheese topping
jenama family
Hot dog
Lada benggala
kuning dan hijau
Mayonis
Cheddar cheese
Nak sedap
lagi slice cheddar cheese
Cara susunan:
Lapisan paling
bawah
adunan pizza
Parutan cheddar
/ slice chedar cheese
Adunan pizza
Sos spageti
tradisional adabi sapukan rata seluruh permukaan
Mayonis kewpie
secukup rasa
Susunan hirisan
hotdog dan lada benggala
Taburan topping
cheese
Tara!
Ammar kata
sangat perfect! Mama punya lagi sedap dari yang beli… sedap dimakan panas2.