Pages

Sunday, 13 September 2015

Nasi Goreng Nyai Dan

Assalamualaikum,

Seminggu Ammar cuti sekolah kebangsaan disebabkan kelasnya digunakan untuk peperiksaan UPSR. Sedikit lega, kalau tidak rasanya terkejar-kejar kita nak ambil dia, pastu nak siapkan dia g sekolah kebangsaan lepas tu petang tu nak ambil dia balik. Arissa pula, bila abang dia sekolah, dia pun mula lah asyik nak melekat je dengan kita. kadang tu kene redha je lah, bila kita tengah masak dia pun sibuk menyusun pinggan mangkuk di dapur. positif je lah.. mungkin ni step pertama untuk dia rajin di dapur. ehehehe

Saya memang cukup akui, memasak lauk pauk adalah salah satu kelemahan saya. Bukannya tak masak langsung, masak cuma sesedap rasa saya jer la. mungkin juga boleh anggap masak syok sendiri :) Tetapi, saya percaya apabila kita masak dari hati dengan penuh ikhlas maka anak2 akan hargai kita. Walaupun tak semua yang saya masak anak2 suka tapi, sekurang-sekurangnya saya nak dia tahu bahawa saya sudah berusaha untuk mengalirkan air tangan mamanya untuk setiap masakan.seperti mana saya merindui air tangan arwah mak saya, masakan bujang abah dan adik2 saya dan juga Nyai Dan.

Ada orang panggil nenek, ada orang panggil Tok Mak, ada orang panggil Opah dan saya memanggilnya Nyai Dan. Nyai Dan adalah emak kepada Abah saya dan dipanggil Nyai Dan sebab pakcik bongsu saya Sahidan, jadi melekat Nyai dan Yayi Dan. Selain itu, ia juga membezakan antara sebelah abah dan emak. kalau sebelah emak pula kami panggil Nyai dan Yayi Ning.. hahaha pelik2 je. Tapi saya lebih akrab dengan Nyai dan Yayi Dan iaitu sebelah Abah.

Lama sudah arwah meninggal, sakitnya tak lama tapi perginya tiba2. memang memberi kesan dalam hati, dan kerinduan itu selalu menjengah. setiap kali perasaan itu tiba, saya suka masak nasi goreng ni. saya akan makan dengan perlahan-lahan sambil mengingati kenangan indah itu. Al-fatihah untuk arwah Nyai Dan & Yayi Dan. Semoga arwah tenang disisiNya.

dan ini resepinya saya kongsikan. saya tak janjikan ianya sedap sangat, tapi ia adalah resepi kenangan saya.

Nasi Goreng 

nasi secukupnya. kalau ada nasi yang tak abis tu bolehlah simpan dalam peti ais seketika dan keluarkan ketika hendak di goreng nanti. percayalah mudah untuk terlerai :)
2/3 biji bawang merah dihiris halus2. (saya guna sebiji bawang besar dibelah beberapa bahagian dan dihiris halus2)
1 biji bawang putih yang dihirs halus2
sedikit ikan bilis dipotong halus
sedikit ikan bilis digoreng untuk hiasan
garam secukup rasa
sebiji telur
minyak untuk menumis

Cara2nya:

tumiskan bawang merah, bawang putih, garam dan ikan bilis yang telah dihiris halus sehingga layu. jangan sampai hangit. masukkan nasi tadi gaul sebati dan kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul biar mesra. apabila telur tadi dah cukup masak boleh lah kita hidangkan dengan ikan bilis goreng tadi. kalau nak cantik taburkan lah hirisan daun sup / daun bawang. saya suka campurkan kacang panjang yang dipotong untuk rasa krupkrap :)



Istimewanya nasi goreng ini ialah pada bawang yang digoreng layu tadi. walaupun anak2 saya tak berapa sukakan nasi goreng ni, tapi pada saya ianya adalah kenangan yang tak dapat saya lupakan.
Ianya sangat simple dan mudah disediakan.

selamat mencuba!


Friday, 4 September 2015

Cheese Tart Oh Cheese Tart

seringkali memikir apakah cerita yang akan saya post kan disini. Dan saya baru teringat, berkenaan promosi bulan September 2015. Owh, agak  lama saya merancang untuk membuat harga promosi ini. Bukan apa, sudah hampir setahun lebih saya beroperasi secara offline dan kadang2 saya promosi secara online, sebagai menghargai sokongan teman2 dan regular customer tersayang. :)

Cheese tart adalah salah satu kudap-kudapan yang sering menjadi pilihan customer saya. Malah saya akui, setiap kali menyiapkan tempahan customer pasti ada 1 atau 2 biji yang akan masuk ke mulut. Owh, sesungguhnya saya tak mampu menahan godaan Cheese tart ini.

kalau dahulu, Cheese tart lebih kepada filling Strawberi dan Blueberrry, tetapi kini ianya telah dipelbagaikan fillingnya. Adunan cream cheese yang lemak  berkrim apabila disatukan dengan sesuatu yang rasanya masam n manis aduii tetiba rasa telan air liur pula. :). Filling yang popular kini seperti , hazelnut pes, coklat nutella, lemon, kiwi , coklat dan yang paling best coklat cream cheese.. memang boleh bertambah jarum penimbang. hehehe.. nak menambah kemain senang ye, nak turun aduh, bercinta sungguh...
ini adalah cheese tart blueberry. lukisan yang simple jer. tapi ramai dah yang puji crustnye sangat sedap. dan serius saya cakap, crustnya enak dimakan begitu saja.
Adunan ni saya adunan dengan tangan je, tak guna mixer, so memang original handmade, ok lah sudipmade. Dan saya juga merajinkan diri menekan kedalam acuan menggunakan jari, tekan pusing dan tekan pusing lagi sehingga siap. satu adunan boleh dapat dalam 100 lebih. biasanya crust ni memang akan kurang sebb ada yang dah tempah. siap je, sejuk lebih kurang ada yang akan ngap masuk mulut. sedap sungguh katanya. kalau ada budget lebih bolehlah beli penekan tart tu. harganya lebih kurang dalam RM100++ je. Tu untuk  yang single, kalau memang bisness buat crust tart memang dialu-alukan beli yang ni dan seangkatan dengannya.
kredit resepi to pn Azlita Aziz 
Resepi Crust Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart 
cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
 
tips : kalau gunakan telur gred B, buang siket tlur putihnya. sbb nanti crust tart kita akan jadi agak keras. 
 sediakan filling (inti) dia, nak senang masukkan dalam piping bag je, paipkan ke dalam crust tart yang da sejuk. lagi banyak filling lagi sedap.. :) bila da siap ketepikan dulu. kita siapkan pulak untuk cream cheese dia..

  Topping Cream Cheese 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Tujuannya agar topping cream cheese kita gebu dan membukit nanti. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. nak senang masukkan dalam piping bag dan picitkan dalam adunan crust yang da dimasukkan filling tadi. Adunan ni boleh dapat dalam 70- 80 pcs.
Nak lukis boleh je lukis, nak senang celup kan kapas telinga yang telah dicuci bersih kedalam pewarna, calit ke atas adunan cream cis. dah jadi bulat2. pastu rajinkan amik pencungkil gigi yang bersih tarik dari atas ke bawah ke da lawa... :)

bakar selama 5 minit suhu 170'C api atas bawah dan rak paling bawah sekali. kalau tekan dgn jari tak melekat tu dah masak la.. kalau lama sangat, cheese akan merekah dan dalam tu akan jadi cheese garing..

hehehe best tak2? sambil menaip sambil telan air liur, nak buat ni kena tunggu mood sampai. Selamat mencuba :)



 

Template by BloggerCandy.com