Seminggu Ammar cuti sekolah kebangsaan disebabkan kelasnya digunakan untuk peperiksaan UPSR. Sedikit lega, kalau tidak rasanya terkejar-kejar kita nak ambil dia, pastu nak siapkan dia g sekolah kebangsaan lepas tu petang tu nak ambil dia balik. Arissa pula, bila abang dia sekolah, dia pun mula lah asyik nak melekat je dengan kita. kadang tu kene redha je lah, bila kita tengah masak dia pun sibuk menyusun pinggan mangkuk di dapur. positif je lah.. mungkin ni step pertama untuk dia rajin di dapur. ehehehe
Saya memang cukup akui, memasak lauk pauk adalah salah satu kelemahan saya. Bukannya tak masak langsung, masak cuma sesedap rasa saya jer la. mungkin juga boleh anggap masak syok sendiri :) Tetapi, saya percaya apabila kita masak dari hati dengan penuh ikhlas maka anak2 akan hargai kita. Walaupun tak semua yang saya masak anak2 suka tapi, sekurang-sekurangnya saya nak dia tahu bahawa saya sudah berusaha untuk mengalirkan air tangan mamanya untuk setiap masakan.seperti mana saya merindui air tangan arwah mak saya, masakan bujang abah dan adik2 saya dan juga Nyai Dan.
Ada orang panggil nenek, ada orang panggil Tok Mak, ada orang panggil Opah dan saya memanggilnya Nyai Dan. Nyai Dan adalah emak kepada Abah saya dan dipanggil Nyai Dan sebab pakcik bongsu saya Sahidan, jadi melekat Nyai dan Yayi Dan. Selain itu, ia juga membezakan antara sebelah abah dan emak. kalau sebelah emak pula kami panggil Nyai dan Yayi Ning.. hahaha pelik2 je. Tapi saya lebih akrab dengan Nyai dan Yayi Dan iaitu sebelah Abah.
Lama sudah arwah meninggal, sakitnya tak lama tapi perginya tiba2. memang memberi kesan dalam hati, dan kerinduan itu selalu menjengah. setiap kali perasaan itu tiba, saya suka masak nasi goreng ni. saya akan makan dengan perlahan-lahan sambil mengingati kenangan indah itu. Al-fatihah untuk arwah Nyai Dan & Yayi Dan. Semoga arwah tenang disisiNya.
dan ini resepinya saya kongsikan. saya tak janjikan ianya sedap sangat, tapi ia adalah resepi kenangan saya.
Nasi Goreng
nasi secukupnya. kalau ada nasi yang tak abis tu bolehlah simpan dalam peti ais seketika dan keluarkan ketika hendak di goreng nanti. percayalah mudah untuk terlerai :)2/3 biji bawang merah dihiris halus2. (saya guna sebiji bawang besar dibelah beberapa bahagian dan dihiris halus2)
1 biji bawang putih yang dihirs halus2
sedikit ikan bilis dipotong halus
sedikit ikan bilis digoreng untuk hiasan
garam secukup rasa
sebiji telur
minyak untuk menumis
Cara2nya:
tumiskan bawang merah, bawang putih, garam dan ikan bilis yang telah dihiris halus sehingga layu. jangan sampai hangit. masukkan nasi tadi gaul sebati dan kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul biar mesra. apabila telur tadi dah cukup masak boleh lah kita hidangkan dengan ikan bilis goreng tadi. kalau nak cantik taburkan lah hirisan daun sup / daun bawang. saya suka campurkan kacang panjang yang dipotong untuk rasa krupkrap :)
Istimewanya nasi goreng ini ialah pada bawang yang digoreng layu tadi. walaupun anak2 saya tak berapa sukakan nasi goreng ni, tapi pada saya ianya adalah kenangan yang tak dapat saya lupakan.
Ianya sangat simple dan mudah disediakan.
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment