Lanjutan dari pengiraan kos asas semalam, mungkin masih ada yang keliru bagaimana nak tentukan harga jualan sepenuhnya. Oklah, apa yang saya kongsikan semalam adalah yang basic sahaja. Mungkin ada yang setuju, mungkin juga sebaliknya. Seperti yang saya katakan, harga setiap bakers takkan sama atas sebab2 yang saya tuliskan semalam. Jangan bandingkan...
- sebagai bakers kental / picisan cam saya, kita kena tahu apa kekuatan product kita. Contohnya, kita adalah pembuat brownies kolagen tersohor di tempat kita. Barang2 yang kita gunakan adalah dalam ranking yang mahal, coklat mahal, butter mahal, cheese yang sedap, dah tentulah ianya sangat menggugat jiwakan. Kita yakin, kalau kita letak harga sekian pun orang akan beli sebab dah memang terbukti sedap, jadi teruskan..
- kekadang, untuk menampakkan kelainan produk kita dengan orang lain, kita letakkan speciality pada produk kita. contohnya, untuk setiap brownies kolagen yang kita sediakan kita letakkan serbuk kolagen sebagai bonus kepada pelanggan kita. jadi pelanggan dapat menikmati kek yang sedap dan menambah kecantikan serta awet muda. Maka letakkan kos tersebut dalam pengiraan kos tersebut.
- apakah servis yang kita tawarkan kepada pelanggan juga menentukan harga sebiji kek. contohnya, kek yang dibeli oleh pelanggan akan dihantar ke pintu rumah menggunakan runner yang telah dilantik. servis penghantaran itu juga bukan percuma, dan khidmat runner juga bukan percuma.
itu antara yang boleh kita pertimbangkan ketika meletakkan harga pada produk kita. Jangan risau dengan perbezaan harga tersebut. Jangan pula melampau-lampau dalam meletakkan harga. kalau dah kos anda cuma rm8 untuk sebiji kek, jangan la pula jual dengan harga RM180. Nak cepat kaya, tapi percayalah hati takkan tenteram. Bersederhana itu lebih baik. Kadangkala jika kita x mampu memberi sumbangan dengan harta benda dengan tenaga dan bakat pun dapat pahala juga. :).
oklah, saya letakkan yang lebih detail. Apa yang saya letakkan ni adalah resepi yang saya gunakan. Dan ianya adalah antara yang top seller dari dapur saya yang xberapa maness. hihihi
kek ini adalah kek Butter dan menggunakan resepi butterkrim dari chef Syahir Sepet yang ternyata memang enak lagi lemak berkrim. sesuaikan bahan dan harga mengikut kualiti dari anda. Ratio yang saya gunakan adalah 3. kenapa 3? nanti saya ceritakan kenapa. untuk faham gambarajah ni, bolehlah chek artikel sebelumnya disini
kenapa 3? sebelum tu, ini adalah pengiraan saya, setiap bakers berbeza pengiraannya. jadi anggap je ni sebagai panduan. oh ya, saya malas nak tekan2 kalkulator yang kadang2 bila tekan je da kena bawak lari dengan anak kecik saya. so, semua pengiraan ni saya lakukan di microsoft excel. tekan2 gitu je dah siap.. :)
saya ambil ratio 3 kerana :-
- 18.392 yang pertama ada kos tetap kita. ambil ni masuk tabung kos
- 18.392 yang kedua adalah gaji saya. x cukup? Alhamdulillah bagi saya bolehlah belanja anak2 makan Kepsi :)
- 18.392 adalah kos tersembunyi yang lain. masukkan dalam tabung lain2. duit ni kita simpanlah untuk bayar bil2 ke, untuk upgrade servis kita mcam nak buat sticker lawa ker, nak bayar promoter kat instagram ker.. boleh juga ambil sedikit dari sini untuk bayar zakat ke sedekah ke.. :)
bagaimana pula kalau yang ambil ratio lebih rendah? boleh juga amalkan formula di atas, cuma pastikan kita da asingkan kos tetap kita dahulu. bakinya kita boleh adjust sama ada nak kecilkan gaji kita ataupun kegunaan lain.
sebenarnya, saya pun x berapa mahir, cuma saya kongsikan apa yang saya tahu. saya cuma berdoa mudah2an ia berguna untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment