Pages

Saturday, 2 January 2016

Resepi Pizza ala2 Dominos

Assalamualaikum…

Salam bertemu kembali J. Rasanya macam baru sekejap anak2 memeriahkan suasana rumah, Isnin nanti Ammar da mula sibuk dengan sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Pastinya sunyi tanpa kebecokan mulutnya, dan Arissa  juga pasti terasa sunyi tanpa usikan abang kesayangannya. Maka kembalilah tugas mama sebagai ‘Ibu Supir’. Walaupun kadangkala agak letih turun tangga naik tangga berulang kali, tapi kepuasan menjemput dan menghantar anak ke sekolah merupakan sesuatu yang saya sangat bersyukur. Alhamdulillah..

Bagaimana dengan persiapan persekolahan kawan2? Untuk persiapan sekolah Ammar simple sahaja. Kebanyakkan baju sekolah dan seluar sekolah Ammar masih lagi muat. Jadi kami cuba beli sepasang baju sekolah agama dan sepasang baju sekolah kebangsaan. Alat tulis dan peralatan sekolah lain kebanyakkannya kami beli sikit2 bermula pertengahan tahun lalu. Jadi, tumpuan hujung tahun adalah lebih kepada pembelian buku aktiviti dan yuran. Sedikit lega kalau begitu J.
Pakaian Ammar kami beli di pasaraya Kawanmu dan Pasaraya MM manakala alat tulis Ammar banyak kami beli yang biasa2 saja. Kebanyakkannya di kedai RM2, Mr. Diy ada juga sedikit dari MPH. Alhamdulillah itupun voucher free.

Oklah, melayani karenah anak yang sedang membesar dan pandai menikmati keenakkan makanan adalah sesuatu yang agak mencabar juga. Kalau dulu, telur masak kicap, telur mata kerbau tuang kicap, dan sup ayam / daging adalah faveret anak2. Kini, seiring dengan peningkatan usia, macam2 pula yang dimintanya. Heheheh. Kita pula yang kadangkala tergaru-garu kepala memikirkan permintaannya. Tarikan iklan yang begitu menggugat jiwa raga kadangkala memainkan perasaan anak2, lalu kepada si ibulah mereka meluahkan perasaan. Aduh… tetiba rasa pening kepala J

Mungkin bukan saya seorang yang merasakan bahawa pizza adalah kategori makanan mahal. Tak kisahlah, pizza hut, dominos, Canadian, Italian ataupun apa2 jenama pun, harganya agak melantun terkejut juga. Kadangkala bila memikirkan harganya, rasa teringin tu memang pendam dalam hati jauh2. Bukan apa, risau pula beli mahal2 kita sorang je yang makan. Ouuhh, sudahlah kita ni mokmok, mau terpelanting juga jarum timbang bila kita makan sekeping pizza nanti. Hahahah pengsan

Mengenangkn harganya yang mahal , maka simpan jugalah niat untuk memakan pizza dominos. Gara2 terliur dengan iklan pizza cheezy crust. Dahlah sekeping rm30++. Maka, tergerak pula bertanya dengan Ammar samada dia nak tak pizza tu. Heheheh memang rezeki bila ammar pun teruja nak makan pizza. Maka segeralah kita order menggunakan pizza delivery. Sekali sampai, ammar tak sudah memuji keenakkan pizza tersebut. Rasanya memang berbaloi dan seronok bila benda yang sedikit dapat kita kongsi sama keenakkannya.

Mungkin dah jadi term di dominos pizza, setiap penghantaran yang lambat sampai dari waktu yang sepatutnya, maka pelanggan layak menerima sekeping voucher free regular pizza untuk next order. Puas jugalah kami makan, mungkin ada la juga 2-3 kali order. Sehinggalah akhir order kami tak terima lagi voucher free tu. Huhuhu..

Selang beberapa bulan Ammar da mula merengek untuk sekeping pizza kegemarannya. Jenuh la memikir sebab memandangkan ianya mahal walupun ternyata sedap tapi mungkin tak cukup untuk dia… lalu, saya pun berjanji akan membuat pizza homemade. Serius, saya tak khatam lagi ilmu meroti, mempiza dan mendonut ke apa.. hari2 dia tuntut janji tu.. maka suatu hari tu nekadla beli bahan2 yang kebetulan ada promosi topping pizza dengan ditambah bahan sedia ada dirumah.



So, ni saya share resepi yang saya ambil dari kak azie kitchen. Rasanya memang sedap n maveles da.. Cuma saya tambah sedikit mengikut cara saya dan bahan yang saya ada dirumah

Homemade Pizza Doh
Resepi Asal  : azie kitchen

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil  - (saya gunakan minyak masak je.)
Sedikit olive oil (lumur) - ( yang ni pun saya gunakan minyak masak je)

Cara2nya: - 
( boleh follow gambar di page Azie kitchen untuk lebih detail )


1)      Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. Saya tunggu sampai air berbuih, baru rsa confident nak masukkan dalam doh pizza.
2)      Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan minyak masak ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi. (time ni dahi saya dah berkerut sebab risau tak jadi huhuhu)
3)      Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati. Buatla potong lapan ke potong sepuluh ke. Ini untuk bagi laluan air yang berkumpul di tengah tadi tersalur ke seluruh adunan doh.
4)      Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan. Masa saya buat, doh agak melekat di tangan jadi saya ambil sesudu margerin sapu di seluruh tangan baru senang nak uli.
5)      Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, tekniknya macam kita sental baju kat papan penyental J. Nak cantik gebu uli sampai permukaannya agak licin dan tak meletak di tangan. Waktu ni rasa ringan je masa kita uli tu.
6)      Sapukan minyak masak di sekeliling mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi minyak masak di serata permukaan   atas doh.
7)      Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
8)      Sapukan dulang pizza (saya guna Loyang yang boleh keluarkan tapak tu) (kalau takde boleh juga guna tutup periuk )dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
9)      Bakar dalam suhu 250C selama 5 minit dan kurangkan ke 220C selama 15 minit lagi atau sehingga crust bertukar keperangan. Gunakan api atas bawah.

Untuk topping :
Saya gunakan
Sos spageti tradisional jenama adabi
Cheese topping jenama family
Hot dog
Lada benggala kuning dan hijau
Mayonis
Cheddar cheese
Nak sedap lagi slice cheddar cheese

Cara susunan:
Lapisan paling bawah
adunan pizza
Parutan cheddar / slice chedar cheese
Adunan pizza
Sos spageti tradisional adabi sapukan rata seluruh permukaan
Mayonis kewpie secukup rasa
Susunan hirisan hotdog dan lada benggala
Taburan topping cheese

Tara!



Ammar kata sangat perfect! Mama punya lagi sedap dari yang beli… sedap dimakan panas2.


3 comments:

  1. Selamat Sore
    kami ingin mengajak anda buat bergabung dan bermain bersama kami di CrownQQ

    Agen resmi : POKER ,DOMINOQQ ,BANDARQ ,CAPSA SUSUN ,ADUQ ,SAKONG dan BANDAR POKER TERBESAR DI ASIA

    Kelebihan CrownQQ Agen POKER ,DOMINOQQ ,BANDARQ ,CAPSA SUSUN ,ADUQ ,SAKONG, BANDAR POKER Online Indonesia Terbesar di Asia:
    * Minimal deposit hanya Rp 20rb
    * Minimal Withdraw hanya Rp 20rb
    * Deposit dan withdraw 24 jam
    * Bonus Refferral seumur hidup tanpa syarat
    * Bonus Rollingan setiap minggu nya.
    * Hanya Dengan 1 ID Anda Bisa Bermain dengan 7 Game Sekaligus

    Contact Us :
    +++ Phone / WA : +855967646513
    +++ BBM : 2B382398

    link alternatif :
    empireqq ,com
    empireqq ,info
    empireqq ,net

    Segera Daftarkan Diri Anda dan Sobat-Sobatmu Untuk Bermain BANDARQ, Domino99 dan Poker Online.

    ReplyDelete

 

Template by BloggerCandy.com