Pages

Saturday, 19 December 2015

Dah Gemuk!!!!

Ohh yeah… sekali timbang 75kg??? ohhemmjiii… sangat terkejut. Nilah akibat buat kek makan kek, buat kuih makan kuih, masak macam2 sendiri makan, anak tak abis makan, mama tolong abiskan tu belum kira makan lepas tu tido lagi . Sudahnya amikkk memang terkejut arnab la jawabnya.. huhuhu. Ok kategori terkejut arnab la kan sebab kesedaran tu akan hilang 2-3 hari lepas tu. Biasanya diet sehari pastu sambung  balik makan. Siang kemain lagi control  makan malam perabih cheese nan ngan teh ais.
Tetapi…. Sejak akhir2 ni, anak bujang yang berusia 8 tahun, tahun depan yang x berapa hari lagi ni selalu je tegur  mama ni dah tak cantik, mama da gemuuks and yang paling tak sanggup dia nak cari mama dia yang dulu. Mau tak terasa, siap nanges2 sembunyi belakang pintu, golek2 atas tilam peluk bantal busuk. Merajuk la kononnya. Aduiii memang kene bertepek-tepek, menangis sungguhh. Bukan tak sedar badan dah naik tapi fikir
“ ala biasa la tu, hati senang kot”
“ ala tak pe naik skeet  jeee” Walhal seluar  jeans dah banyak simpan dalam store, baju yang dulu cutting ala2 remaja banyak da x muat.
“ala, biasala sedang menikmati zaman2 kegemukan. So, redha jelah kan..”
“encik suami dari dulu memang biasa2 je. Berani nak komplen dia pun B.O.R.R.O.I” hahaha cenggitu sekali nekadnya tau…
Sebenarnya, saya ada juga joint group natural remedy, makan secara alami, sihat tanpa gula dan macam2 grup jugalah. Banyak yang saya pelajari and sedikit demi sedikit saya mulakan proses diet yang memang slow gilerrr. Kura-kura pun boleh menang dalam perlumbaan diet ini. Hahahah ketawa jahat. Saya adalah peminum minuman manis. So, hari2 tu memang tak lengkap rasanya kalau minum tanpa gula/ susu pekat. Teh dengan gula, sirap, oren cordial, ribena, milo dan kopi susu. Bila kekedai mamak, minuman wajib teh ais, siap ada signature warung lagi. Kalau warung ni, the best dishes is this one.. this…this and the best beverage is thisss… sebab encik suami ni memang seminggu sekali akan ke warung juga. Memang akan tergendala la dietnya gituewww.. Nampak tak situ yang memang cukup makan malah terlebih2???  Syukur Alhamdulillah…


So, bermula la minum air masak. Orang kata kena 8 gelas sehari. Ok kita buat. Untuk diri sendiri, xde dah minum minuman manis. Memang kerjanya masak air jelah. At first, memang la susahkan, rasanya tak lengkap tanpa minuman manis. Tapi, percayalah alah bisa, tegal biasa chewah.. mungkin sehari kita leh cuba dari 10cawan minuman manis kepada 8, 7 – and then truss zero sugar. Lagipun banyak keburukan gula yang kita tidak tahu. Sebab gula yang ada di Malaysia ni dah melalui bermacam-macam proses sehingga menyebabkan kita meletakkan bersudu-sudu gula untuk merasai kemanisannya. Baru bab minum yang bergula, dalam makanan seharian kita pun sebenarnya banyak je gula yang tersembunyi. Sos, kicap, biskut, roti dan macam2 lagi, tu belum dikira jajan & cikediss.. gula memang tak bagus untuk kesihatan sebenarnya. Saya pernah lihat beza orang yang makan makanan bergula dengan tak begula.. beza sangat besar …. Memang beza sangat. Muka lebih glowing, tubuh badan lebih sihat dan lebih cergas. Itu juga yang buatkan saya kea rah itu… okay chaiiyook!

Selain minuman tanpa gula, saya juga cuba kurangkan makan nasi, dulu kalau makan memang sepinggan penuh kadang tu bila lauk yang sendiri masak memang sedap melantun-lantun maunyer bertambah pinggan tu. Memang sedapnya melantun-lantun, berat badan melantun mulalah gelabah .. huhuhu…
Tapi… apabila kedua-dua perkara tersebut dah buat, saya masih tak boleh membuang perkataan kek dan biskut dalam kehidupan.. ohhh memang tertewas saya. Nak pula yang ada krim meleleh, berwarna warni, selalulah dok google resepi bermacam-macam..  memang la tak dapat. Rasa macam melompat-lompat riang dalam taman astakona gituewww !
Dan malam ini, bila check gambar terbaru yang perasan diri ni da turun berat badan.. ohhhhemmjiii memang rasa nak pengsan. Saya ke tu????? Patutlah anak bujang beriya-iya suh diet. Malam ni juga bila suar malam pun dah tak berapa  muat… urggghhh apa lagi nak tunggu. Ni memang gerammm

Nanti saya sambung lagi. Saya mulakan dengan day plan 1. Nanti saya share yer ..:)



Monday, 23 November 2015

Pengiraan Kos 2

Assalamualaikum

Lanjutan dari pengiraan kos asas semalam, mungkin masih ada yang keliru bagaimana nak tentukan harga jualan sepenuhnya. Oklah, apa yang saya kongsikan semalam adalah yang basic sahaja. Mungkin ada yang setuju, mungkin juga sebaliknya. Seperti yang saya katakan, harga setiap bakers takkan sama atas sebab2 yang saya tuliskan semalam. Jangan bandingkan...


  • sebagai bakers kental / picisan cam saya, kita kena tahu apa kekuatan product kita. Contohnya, kita adalah pembuat brownies kolagen tersohor di tempat kita. Barang2 yang kita gunakan adalah dalam ranking yang mahal, coklat mahal, butter mahal, cheese yang sedap, dah tentulah ianya sangat menggugat jiwakan. Kita yakin, kalau kita letak harga sekian pun orang akan beli sebab dah memang terbukti sedap, jadi teruskan.. 
  • kekadang, untuk menampakkan kelainan produk kita dengan orang lain, kita letakkan speciality pada produk kita. contohnya, untuk setiap brownies kolagen yang kita sediakan kita letakkan serbuk kolagen sebagai bonus kepada pelanggan kita. jadi pelanggan dapat menikmati kek yang sedap dan menambah kecantikan serta awet muda. Maka letakkan kos tersebut dalam pengiraan kos tersebut. 
  • apakah servis yang kita tawarkan kepada pelanggan juga menentukan harga sebiji kek. contohnya, kek yang dibeli oleh pelanggan akan dihantar ke pintu rumah menggunakan runner yang telah dilantik. servis penghantaran itu juga bukan percuma, dan khidmat runner juga bukan percuma. 
itu antara yang boleh kita pertimbangkan ketika meletakkan harga pada produk kita. Jangan risau dengan perbezaan harga tersebut. Jangan pula melampau-lampau dalam meletakkan harga. kalau dah kos anda cuma rm8 untuk sebiji kek, jangan la pula jual dengan harga RM180. Nak cepat kaya, tapi percayalah hati takkan tenteram.  Bersederhana itu lebih baik. Kadangkala jika kita x mampu memberi sumbangan dengan harta benda dengan tenaga dan bakat pun dapat pahala juga. :).

oklah, saya letakkan yang lebih detail. Apa yang saya letakkan ni adalah resepi yang saya gunakan. Dan ianya adalah antara yang top seller dari dapur saya yang xberapa maness. hihihi 

kek ini adalah kek Butter dan menggunakan resepi butterkrim dari chef Syahir Sepet yang ternyata memang enak lagi lemak berkrim. sesuaikan bahan dan harga mengikut kualiti dari anda. Ratio yang saya gunakan adalah 3. kenapa 3? nanti saya ceritakan kenapa. untuk faham gambarajah ni, bolehlah chek artikel sebelumnya disini




kenapa 3? sebelum tu, ini adalah pengiraan saya, setiap bakers berbeza pengiraannya. jadi anggap je ni sebagai panduan. oh ya, saya malas nak tekan2 kalkulator yang kadang2 bila tekan je da kena bawak lari dengan anak kecik saya. so, semua pengiraan ni saya lakukan di microsoft excel. tekan2 gitu je dah siap.. :)

saya ambil ratio 3 kerana :-

  • 18.392 yang pertama ada kos tetap kita. ambil ni masuk tabung kos 
  • 18.392 yang kedua adalah gaji saya. x cukup? Alhamdulillah bagi saya bolehlah belanja anak2 makan Kepsi :)
  • 18.392 adalah kos tersembunyi yang lain. masukkan dalam tabung lain2. duit ni kita simpanlah untuk bayar bil2 ke, untuk upgrade servis kita mcam nak buat sticker lawa ker, nak bayar promoter kat instagram ker.. boleh juga ambil sedikit dari sini untuk bayar zakat ke sedekah ke.. :)
bagaimana pula kalau yang ambil ratio lebih rendah? boleh juga amalkan formula di atas, cuma pastikan kita da asingkan kos tetap kita dahulu. bakinya kita boleh adjust sama ada nak kecilkan gaji kita ataupun kegunaan lain. 

sebenarnya, saya pun x berapa mahir, cuma saya kongsikan apa yang saya tahu. saya cuma berdoa mudah2an ia berguna untuk kita semua. 

saya sedang berangan-angan untuk menghantar kek kepada abah saya yang berada di johor. harapnya dapatlah dihantar minggu ni. nak anta naik apa?? kita anta naik bas la :) 

Sunday, 22 November 2015

Cara-cara Menentukan Harga Kek

Assalamualaikum

Sering kali saya menerima pertanyaan bagaimana harga kek yang saya jual ditentukan? Saya hanya tersenyum. Malah ada juga yang bercerita, kos mereka membuat kek sendiri lebih rendah dan ofkoslah jimat dari tempah kan? Saya senyum lagi...


  • Pertama sekali, sebelum anda berniat nak menempah, anda kenalah tahu yang anda sedang bersedia membeli, maka anda perlu sanggup untuk membayar dengan harga yang diberikan. Ianya sangat berbeza dengan anda meminta tolong buatkan kek tersebut.
  • Kedua, apabila anda menempah kek maka si penjual perlu bersedia dengan kos2 tersembunyi seperti elektrik, air, sabun basuh pinggan, tools yang kadangkala perlu beli baru demi menyiapkan kek impian anda, minyak kereta, bil telefon dan pelbagai lagi. Walaupun kebanyakkan bakers kini hanya beroperasi di rumah, tetapi itu juga boleh dianggap sebagai kos yang perlu mereka bayar demi menyiapkan sebiji kek. Belum lagi cerita masa yang diambil untuk menyiapkan sebiji kek yang kadangkala tak tidur malam bersengkang mata. 
  • Ketiga, selain dari perkara2 tersebut, kepakaran untuk menyiapkan sebiji kek juga diambil kira. Kadangkala, seorang bakers itu perlu menghadiri kursus berbayar yang kebanyakkannya bukan boleh dipelajari dengan harga puluhan ringgit, tetapi setiap satu kursus itu memakan harga beratus-ratus ringgit. contohnya, harga untuk kelas bunga2 menggunakan butterkrim ( untuk 4/5 jenis bunga) student perlu membayar dengan harga RM350. Selepas itu, mereka perlu juga latihan untuk memahirkan diri yang mana kebanyakkannya akan menjadi makanan tong sampah. huhhuhu.. percayalah kos membuang itu lebih banyak dari menerima :)
  • Keempat, bahan2 yang digunakan oleh para bakers juga menentukan harga sebiji kek. setiap bakers mempunyai trademark mereka sendiri. Ada yang mementingkan Quality, maka semua bahannya adalah mahal belaka dari tepung gandum, butter dan bahan2 deko yang digunakan. Ada juga bakers yang sederhana, hanya barang2 tertentu saja yang quality, biasanya butter dan cream cheese. Ada juga yang biasa2 sahaja. 
so, diatas faktor2 di atas, maka tolonglah... jangan bandingkan harga anda dengan harga kami bakers picisan ni. Setiap dari kami mempunyai sasaran pelanggan tersendiri dan kami berbeza. umpamanya, durian, walaupun ianya durian sekiranya mereka datang dari pokok dan gred yang berbeza, maka rasa dan harganya tidak akan sama. 

Tanpa membuang masa, mari saya kongsikan tips / cara pengiraan sebiji kek. 
  • senaraikan kesemua bahan2 yang anda gunakan untuk sebiji kek. contoh :
ini adalah contoh kek butter asas. Sebelum tu chek Resepi anda ye, cer tengok bahan yang anda gunakan, butter apa, susu apa, tepung kek jenama apa.. sila senaraikan. Meh kita tengok kolum ke 3. itu adalah harga asal setiap bahan dan berat asal ada di kolum ke 4. Untuk memudahkan anda, kita tengok line pertama .
250 mentega (berat asal 1kg) berharga RM15 
15.00 / 1000 = dapat harga pergram (0.015) x jumlah yang digunakan (250gm) = rm3.75
begitulah anda buat sehingga habis. sekiranya ianya melibatkan cecair, maka anda boleh letak harga agak2 :) saya cadangkan, letaklah harga lebih sedikit dengan jangkaan harga barang akan datang akan naik. jadi pengiraan ini lebih bertahan lama. 

  • kemudian jika anda menggunakan bahan buttercream / ganache atau fondant, senaraikan juga begitulah juga pengiraannya. Biasanya, untuk fondant saya letakkan harga asal fondant terus. Kerana kebiasaannya, sekilo fondant cukup untuk menyaluti sebiji kek.buat kiraan seperti diaatas juga. kira semuanya. 
  • Biasanya, bakernya mengira ratio 2/ 2.5/3/4. Ratio ini ditentukan oleh tempat dijual, siapakah pengguna atau pun promosi. tak faham? meh saya terangkan. Sekiranya anda tinggal di kawasan yang mana ekonomi penduduknya kategori sederhana, maka disini anda boleh lah gunakan ratio 2/ 2.5. contohnya :: harga kos sebiji kek butter ialah RM7.85 sen. So, kita darabkanlah dengan 2 atau 2.5 maka dapatlah rm15.70 (ratio 2) / rm19.625 (ratio 2.5). So inilah harga jualan kita. :) 
  • contoh lain, campurkan kos sebiji kek butter, kos topping/ filling yang digunakan, kos lain2 seperti pisau, piping bag, air dan elektrik (saya letak RM5), minyak dan bil telefon jika ada. Dah jumlah kan semua, kemudian barulah kita darabkan dengan ratio tadi. ohh jangan pula kita lupa upah kita menyiapkan kek tersebut. contohnya satu jam RM10. sekiranya kita mengambil tempoh masa 4 jam maka RM40 lah upah kita. Kadang2 saya abaikan je bab upah ni, agak2 da untung ok la .. lagipun bila tengok customer senyum dan suka dengan hasil kerja kita itu dah cukup bersyukur dah. 
  • ok, bila masa pulak nak guna ratio 4 ni? biasa digunakan untuk kek fondant. ada juga yang guna ratio lebih dari 4. itu bergantung kepada kesusahan dan masa yang diambil sebiji kek. saya masih baru dalam dunia fondant. jadi harga yang biasa saya kenakan adalah mengikut ratio pengenalan je. saya masih perlukan masa untuk pastikan hasil kerja saya kemas dan memuaskan hati. 
ok, agak2 faham x dengan penjelasan di atas? takpaham boleh je tanya. sebelum saya nak beransur pergi, agak2 berapakah kos yang dikenakan oleh bakers untuk menyiapkan sebiji kek diatas? kek ni diambil dari http://mcgreevycakes.com/creating-silhouettes-on-cake-making-wafer-paper-ribbons/. saya suka cuci mata dengan hasil kerja dia. sangat ohsemm :)

Sunday, 13 September 2015

Nasi Goreng Nyai Dan

Assalamualaikum,

Seminggu Ammar cuti sekolah kebangsaan disebabkan kelasnya digunakan untuk peperiksaan UPSR. Sedikit lega, kalau tidak rasanya terkejar-kejar kita nak ambil dia, pastu nak siapkan dia g sekolah kebangsaan lepas tu petang tu nak ambil dia balik. Arissa pula, bila abang dia sekolah, dia pun mula lah asyik nak melekat je dengan kita. kadang tu kene redha je lah, bila kita tengah masak dia pun sibuk menyusun pinggan mangkuk di dapur. positif je lah.. mungkin ni step pertama untuk dia rajin di dapur. ehehehe

Saya memang cukup akui, memasak lauk pauk adalah salah satu kelemahan saya. Bukannya tak masak langsung, masak cuma sesedap rasa saya jer la. mungkin juga boleh anggap masak syok sendiri :) Tetapi, saya percaya apabila kita masak dari hati dengan penuh ikhlas maka anak2 akan hargai kita. Walaupun tak semua yang saya masak anak2 suka tapi, sekurang-sekurangnya saya nak dia tahu bahawa saya sudah berusaha untuk mengalirkan air tangan mamanya untuk setiap masakan.seperti mana saya merindui air tangan arwah mak saya, masakan bujang abah dan adik2 saya dan juga Nyai Dan.

Ada orang panggil nenek, ada orang panggil Tok Mak, ada orang panggil Opah dan saya memanggilnya Nyai Dan. Nyai Dan adalah emak kepada Abah saya dan dipanggil Nyai Dan sebab pakcik bongsu saya Sahidan, jadi melekat Nyai dan Yayi Dan. Selain itu, ia juga membezakan antara sebelah abah dan emak. kalau sebelah emak pula kami panggil Nyai dan Yayi Ning.. hahaha pelik2 je. Tapi saya lebih akrab dengan Nyai dan Yayi Dan iaitu sebelah Abah.

Lama sudah arwah meninggal, sakitnya tak lama tapi perginya tiba2. memang memberi kesan dalam hati, dan kerinduan itu selalu menjengah. setiap kali perasaan itu tiba, saya suka masak nasi goreng ni. saya akan makan dengan perlahan-lahan sambil mengingati kenangan indah itu. Al-fatihah untuk arwah Nyai Dan & Yayi Dan. Semoga arwah tenang disisiNya.

dan ini resepinya saya kongsikan. saya tak janjikan ianya sedap sangat, tapi ia adalah resepi kenangan saya.

Nasi Goreng 

nasi secukupnya. kalau ada nasi yang tak abis tu bolehlah simpan dalam peti ais seketika dan keluarkan ketika hendak di goreng nanti. percayalah mudah untuk terlerai :)
2/3 biji bawang merah dihiris halus2. (saya guna sebiji bawang besar dibelah beberapa bahagian dan dihiris halus2)
1 biji bawang putih yang dihirs halus2
sedikit ikan bilis dipotong halus
sedikit ikan bilis digoreng untuk hiasan
garam secukup rasa
sebiji telur
minyak untuk menumis

Cara2nya:

tumiskan bawang merah, bawang putih, garam dan ikan bilis yang telah dihiris halus sehingga layu. jangan sampai hangit. masukkan nasi tadi gaul sebati dan kemudian pecahkan sebiji telur dan gaul biar mesra. apabila telur tadi dah cukup masak boleh lah kita hidangkan dengan ikan bilis goreng tadi. kalau nak cantik taburkan lah hirisan daun sup / daun bawang. saya suka campurkan kacang panjang yang dipotong untuk rasa krupkrap :)



Istimewanya nasi goreng ini ialah pada bawang yang digoreng layu tadi. walaupun anak2 saya tak berapa sukakan nasi goreng ni, tapi pada saya ianya adalah kenangan yang tak dapat saya lupakan.
Ianya sangat simple dan mudah disediakan.

selamat mencuba!


Friday, 4 September 2015

Cheese Tart Oh Cheese Tart

seringkali memikir apakah cerita yang akan saya post kan disini. Dan saya baru teringat, berkenaan promosi bulan September 2015. Owh, agak  lama saya merancang untuk membuat harga promosi ini. Bukan apa, sudah hampir setahun lebih saya beroperasi secara offline dan kadang2 saya promosi secara online, sebagai menghargai sokongan teman2 dan regular customer tersayang. :)

Cheese tart adalah salah satu kudap-kudapan yang sering menjadi pilihan customer saya. Malah saya akui, setiap kali menyiapkan tempahan customer pasti ada 1 atau 2 biji yang akan masuk ke mulut. Owh, sesungguhnya saya tak mampu menahan godaan Cheese tart ini.

kalau dahulu, Cheese tart lebih kepada filling Strawberi dan Blueberrry, tetapi kini ianya telah dipelbagaikan fillingnya. Adunan cream cheese yang lemak  berkrim apabila disatukan dengan sesuatu yang rasanya masam n manis aduii tetiba rasa telan air liur pula. :). Filling yang popular kini seperti , hazelnut pes, coklat nutella, lemon, kiwi , coklat dan yang paling best coklat cream cheese.. memang boleh bertambah jarum penimbang. hehehe.. nak menambah kemain senang ye, nak turun aduh, bercinta sungguh...
ini adalah cheese tart blueberry. lukisan yang simple jer. tapi ramai dah yang puji crustnye sangat sedap. dan serius saya cakap, crustnya enak dimakan begitu saja.
Adunan ni saya adunan dengan tangan je, tak guna mixer, so memang original handmade, ok lah sudipmade. Dan saya juga merajinkan diri menekan kedalam acuan menggunakan jari, tekan pusing dan tekan pusing lagi sehingga siap. satu adunan boleh dapat dalam 100 lebih. biasanya crust ni memang akan kurang sebb ada yang dah tempah. siap je, sejuk lebih kurang ada yang akan ngap masuk mulut. sedap sungguh katanya. kalau ada budget lebih bolehlah beli penekan tart tu. harganya lebih kurang dalam RM100++ je. Tu untuk  yang single, kalau memang bisness buat crust tart memang dialu-alukan beli yang ni dan seangkatan dengannya.
kredit resepi to pn Azlita Aziz 
Resepi Crust Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart 
cara:
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
 
tips : kalau gunakan telur gred B, buang siket tlur putihnya. sbb nanti crust tart kita akan jadi agak keras. 
 sediakan filling (inti) dia, nak senang masukkan dalam piping bag je, paipkan ke dalam crust tart yang da sejuk. lagi banyak filling lagi sedap.. :) bila da siap ketepikan dulu. kita siapkan pulak untuk cream cheese dia..

  Topping Cream Cheese 
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik. Tujuannya agar topping cream cheese kita gebu dan membukit nanti. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. nak senang masukkan dalam piping bag dan picitkan dalam adunan crust yang da dimasukkan filling tadi. Adunan ni boleh dapat dalam 70- 80 pcs.
Nak lukis boleh je lukis, nak senang celup kan kapas telinga yang telah dicuci bersih kedalam pewarna, calit ke atas adunan cream cis. dah jadi bulat2. pastu rajinkan amik pencungkil gigi yang bersih tarik dari atas ke bawah ke da lawa... :)

bakar selama 5 minit suhu 170'C api atas bawah dan rak paling bawah sekali. kalau tekan dgn jari tak melekat tu dah masak la.. kalau lama sangat, cheese akan merekah dan dalam tu akan jadi cheese garing..

hehehe best tak2? sambil menaip sambil telan air liur, nak buat ni kena tunggu mood sampai. Selamat mencuba :)



Thursday, 6 August 2015

Masak Lauk, Kek dan Biskut? Mana Satu?

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, akhirnya bersiaran juga kita. Sibuk memanjang ibu supir ni. Menghantar dan menjemput anak bujang sekolah, mengurus sikecil yang manja di rumah, memikir marketing untuk kek dan biskut.. aduh, rasanya tak terfikir! Walaupun masih sempat sharing di FB tapi tu semua hasil mencuri masa ketika sibuk menyusukan Arissa. Kalau tidak, jangan harapla telefon tu ada kat tangan kita... budak2 sekarang, kecil-kecil lagi da ada gadget tau! tapi bukanlah hak milik mereka sepenuhnya, mama punya Arissa pinjam, Papa punya Abang Ammar pinjam. Sabau jerlah....

Apa yang Arissa sibuk dengan gadget tu? apa lagi, Upin Ipin lah.. tu yang dia selalu tengok. Nak2 pulak lagu terbaru Upin Ipin ni boleh buat kita berjoget, dia pun siap buat gaya joget dia tu.. hahahah. selalu la menggeleng kepala + ketawa kita dibuatnya. Akal budak2 sekarang ni.. lain macam.



Tengokla gambar dia yang suka menyelit tu. Bila mama nak amik gambar dengan Abang Ammar dia pun nak amik gambar sama :)

Musim perayaan cam ni, apabila kita berkunjung ke rumah saudara mara, akan timbulla pertanyaan2 fofular,  
1) Sekarang buat apa? Kerje apa? Kat mana?
2) Sekarang pakai kereta apa? Masih duduk kat rumah lama ker?
3) Anak 2 orang je ke? bila nak tambah lagi? umur makin meningkat?
4) Tak terfikir ke nak kerje, duduk rumah bukan ada apa?
5) dan lain2 yang kadang tu kita tak terfikir pun nak tanya kat orang cam tu.. 

Mana yang boleh kita jawab jujur kita jawabla, mana yang tak, diam dan senyum itu adalah yang terbaik. Namapun hari Raya hari untuk kita ber Hooo Haaa bukan untuk kita bermasam muka. so layankan jer....

dan yang paling best ayat ni... Pandai plak ko buat kek ek?
part tu memang best. pandai tak pandai semua bila kita minat insyaAllah, Allah permudahkan urusan kita. sapa kata saya terus pandai. takde maknenyer... kalau rupa itulah, boleh termasuk dalam Genius BooK of Record la kita.. popular gituw.. 






Nilah rupa kek kita masa mula2 belajar dulu. Tak cantik manapun, msa mula2 buat tu memang dappur berkecah habis, dengan minyak krim, dengan bersepah tools bakery, tak dapat nak katalah.. :)orang lain sehari boleh dapat 2-3 biji kek, kita  ni sehari lebih baru siap satu kek. hahahah.. Tapi, Terima kasih sangat2 pada Kak Yani yang banyak bagi sokongan. Kak Erni, Rayneety dan kawan2 lain yang banyak menyokong. Masa ni nak pegang piping beg, nak pegang Noozle pun tak tahu. Tak dapat nak bayang lagi rupa bentuk hasil bila guna noozle sekian, sekian... memng kategori ZERO. 

mula2 tu berkobar2 nak join kelas deko2 kek, berapa kali register, tapi sudahnya tak pergi. Mengenangkan anak masih kecil and tak berapa sihat pulak tu, abaikan je dulu. so, penyudahnya join group deko2 kek yang ada kat FB, tanya sifu2, follow perbincangan diorang, tengok you tube, tengok sampai muntah hijau, pastu membazirkan duit beli bahan2 nak buat kek tu, guna macam2 resepi butterkrim yang sesuai dgn kita.. belajar sendiri.. tak lupa juga hasil tutorial Kak Azlita aziz. hasil kerjanya memang superb! 

benda kalau dah minat, membazir pun sanggup, habiskan masa pun sanggup.. 


dan ni yang terkini... masih lagi belajar.. buat bunga k-pop! minggu ni kita akan teruskan belajar lagi :) nnti kita upload lagi..

masak lauk, kek ngan biskut ? lebih rela mengadap kek ngan biskut lagi.. masak lauk ni susah n complicated rasanya. walaupun resepi sama, tapi hasilnnya takkan sama.. lebih kepada air tangan. tapi apa nak dikata kene juga buat.. kang ke MAGGI la kita :)


 

Template by BloggerCandy.com