Pages

Tuesday, 31 May 2016

Arissa turn to 3! Happy Bufday Arissa Nur Safiyya :)

Agak lama menyepikan diri, melayan biola apabila telefon mula bermasalah. Hati pun mula melayu untuk mengupdate segala aktiviti jualan di media social. Kiranya, memang segala aktiviti menjual dan menangkap gambar untuk update jualan tergendala seketika. Cheh, bunyinya macam projek juta2 la pulak kan? Hihihi…

 Sebenarnya, dalam banyak2 tugas membaking, saya paling sukakan aktiviti menghias kek menggunakan buttercream. Sangat2 best. Kata orang terapi jiwa gitu J. Apabila sedang leka menghias kek, segala tumpuan kita memang 100% pada kerja kita. Nak2 lagi bila kita sedang menggubah bunga menggunakan buttercream. Aduh… melayan kerumitan dan kecerewetan buttercream itu sahaja kadang2 boleh membuatkan kita stress. Lagi2 bila nak buat bunga ros tetiba jaadi kekwa.. ohhh tidak, nehinehinehi…. Sungguhpun begitu, gubahan kek menggunakan buttercream ada seninya yang tersndiri. Biarpun rumit, biarpun leceh tapi bila menampakkan hasilnya memang rasa berbaloi sangat. Tapi, adakalanya kelaut juga..huhuhu

Menguruskan buttercream juga tidak semudah yang kita sangkakan. Jaga2 apabila mencuci segala tools anda setelah selesai menggubah kek anda menggunakan buttercream… jangan sebarang cuci, nanti alamat berkeladaklah sinki dan saluran sinki. Silap2 boleh tersumbat. Huhuhu ini memang pengalaman pahit dalam hidupla… memang bikin stress selagi masalah ni tak settle L.

Cara saya:_

1-      Rendamkan segala peralatan yang ada buttercream dengan air panas. Segala mangkuk mixer, sudu, nozzle, cawan atau apa sahaja peralatan. Biarkan seketika sehingga buttercream terlerai sendiri dari peralatan. Biasanya, buttercream akan mencair dan terapung sendiri. Kemudian barulah cuci dengan sabun seperti biasa. ATAU

2-      Lapkan segala peralatan yang ada buttercream dengan tisu/ tisu dapur/ lap sehingga betul2 tiada sisa kemudian barulah cuci seperti biasa.

Saya biasa gunakan cara yang pertama. Itu yang paling senang.

Dalam sibuk melayan biola, sempat juga saya siapkan sebiji kek untuk anakanda Arissa. Sekejap sahaja umurnya dah 3 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Sebenarnya, saya bercadang untuk sambut biasa saja. Mungkin makan bersama2 keluarga di luar ataupun pergi ke taman. Tetapi , bila encik suami berapa kali bertanyakan tentang kek untuk Arissa maka, kita pun buatkan la juga. Bukan tak mahu Cuma bila mengenangkan kerabat di rumah ini tidak begitu memakan kek, maka kita pun tidaklah beriya untuk membuatnya. Iyelah, sapa pula yang nak menghabiskan sebiji kek? Saya??? Owhhh bgitu mimpi ngeri rasanya bila jarum timbang itu tak pernah turun2… huhuhuhu


Pada mulanya nak buat kek coklat, tetapi rasa muak pula bila selalu sangat buat kek coklat. Bau yang sama tapi pemilik yang berbeza. Lagipun anak2 tak berapa gemar kek coklat ni. Mungkin da selalu sangat rasa dan makan maka jadi muak pula. Jadi saya teringin nak cuba buat kek aiskrim. Jadi saya gabungkan kek butter bersama aiskrim neopolitan dan hiasan dari fresh cream.

Rasanya? Untuk pertama kali, rasanya memang maveles, x muak dan sedap di makan berulang2 hahahah.. saya sendiri tertewas dengan godaan keenakan kek ini. Lepas ni, kalau nak makan kek aiskrim dah boleh buat sendiri. Oleh kerana ni kek versi cuba2 je, maka saya gunakan apa yang ada sahaja di dapur. Tetapi percayalah bila kita upgrade jenis butter yang kita gunakan, aiskrim filling yang wallah rasanya, dan juga fresh cream yang high grade anda takkan perlukan ‘Baskin Robbin’ lgi J (memang kes naik  lif tekan sendiri hihihi apa nak buat.



Oklah, next time kita cerita lagi. Untuk sementara ni kita nak beradu dulu. Mimpi yang indah2 ye J

Sunday, 3 January 2016

Apa yang Kita Tahu itulah Kepakaran Kita

Assalamualaikum

Salam ukhwah dari saya. Bertemu kembali kita. Susah hendak melelapkan mata, maka saya menzahirkan inspirasi saya disini J. Semoga bermanfaat ye.

Tahun 2016 sudah pun memasuki hari yang ke-4. Menurut ramalan pakar ekonomi, tahun ini dan seterusnya agak mencabar disebabkan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia (RM). Ditambah pula dengan beberapa penghapusan subsidi dan pengenaan GST pada sesetengah barang n perkhidmatan. Ramai juga yang mengeluh, baik pekerja, majikan dan anak2 juga tidak terkecuali. Apapun, sama2lah kita berdoa agar kita dapat sama2 menempuhi cabaran ini dengan baik.

Ramai yang melakukan beberapa pekerjaan untuk menampung kehidupan keluarga mereka. Ada yang berniaga, melakukan dropship, melakukan kerja sampingan di tempat lain dan ada juga yang menjadikan bidang bakeri sebagai sumber tambahan pendapatan. sejujurnya, biarlah apapun pekerjaan yang kita lakukan biarlah kita kaji dahulu semua perkara baik dan buruknya.
Oklah, jom kita cerita pasal bidang bakeri. Saya Cuma kongsikan apa yang saya tahu dan sedikit pengalaman. Semoga memberi manfaat.

Perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah apa kepakaran kita? Sekiranya kita mahir membuat kuih talam, maka peralatan dan bahan2nya berlainan, jika kemahiran kita membuat kek maka oven/ ketuhar diperlukan dan ditambah  dengan peralatan yg lain. Namun begitu, kebanyakan bidang pembuatan kek dan kuih muih ni menggunakan peralatan yang hamper sama sahaja, kecuali lah jika anda terlibat dengan dekorasi kek maka lebih banyak peralatan yang Nampak kecil tapi penting untuk kita adakan. Untuk permulaan, mulakanlah dengan apa yang kita mahir dulu dan ianya paling diminanti kemudian barulah anda kembangkan ia.. J


1)      Resepi
-          Resepi memainkan peranan yang penting dalam bidang  bakeri. Walaupun resepi anda Cuma lempeng kosong, sekiranya ianya sedap dan diminati ramai ianya tetap resepi yang berguna untuk anda. Resepi ini anda boleh perolehi dengan meng’google’ sahaja, belajar dengan mereka yang mahir (ikuti kelas pembuatan kek dan pastry atau join kolej komuniti), beli daripada mereka yang menjual resepi tersebut ataupun anda memang sudah punya resepi yang memang ternyata killer produk anda.

2)      Bahan2 yang diperlukan
-          Perhatikan resepi tersebut dan baca berkali2 serta fahamkan setiap perkataan. Bahasa2 dalam bidang bakeri kebanyakkannya adalah  seperti bahasa sains. Hehehe contohnya, whipping krim, non dairy whipping cream, yis, bread improver, dan etc;. begitu juga dengan butter dan margerin masing2 ada perbezaan dan grednya. Biasanya, yang mahal itu lebih sedap dan berkualiti. Kene cuba untuk standardkan rasa kek kita ;)

3)      Periuk pengukus
-          Sekiranya resepi anda memerlukan ia dikukus, maka inilah yang anda perlukan. Untuk permulaan tak perlula yang mahal. Boleh cuba beli yang biasa sahaja.

4)      Oven / ketuhar
-          Oven adalah satu gadget yang mesti ada untuk para bakers. Berbanding dahulu, harga oven sekarang jauh lebih murah dan mampu milik. Percayalah aven kecil pun kalau kita jaga elok2 insyaAllah akan membuahkan hasil yang banyak juga. Nak tahu saya guna aven yang mana masa mula2 dulu? Waktu tu masih belajar buat kek dan biskut. Ni dia saya belanja gambar dari google. Oven jenama butterfly yang bulat ni. Kalau tak jaga masa n tak tengok betul 2 silap2 boleh rentung kek kita. Ehehehe barulah keluar dialog, aku yang masak kek yang hangus J



5)      mixer / mesin pengadun.
-          Ini pun penting juga. Bergantung pada resepi. Ada yang memerlukan kita mengadun dengan mixer, ada yang memerlukan kita adun dengan whisk sahaja ataupun ada yang perlu kita gaul2 manja jer. Kalau boleh belilah yang ada 3 pencangkuk tu. Boleh uli, boleh adun dan boleh pukul telur sampai soft peak gitu J. Tak perlulah yang mahal2 untuk permulaan ni, janji ia tahan lama dan elok dipakai. Dulu, saya guna yang xde jenama pun, itupun husband dapat cabutan bertuah. Puasla juga pakai, sampailah berasap barulah saya tukar ke jenama Elba. Sekarang dah dekat 2tahun saya gunakan. Kononnya beli nak buat uli donat senang la kan, tapi tetiba rasa saying pula.. kalau rosak xde tabung nak pecahkan dik nonn.. L



6)      Cawan penyukat
-    Ini pun penting juga untuk menyukat cecair. X boleh main agak2 je ye kalau buat kek ke kuih ni. Kene ikut resepi betul2. Kalau dia kata 500ml sukatla tepat2 begitu. Nanti ada pulak kek tu masuk tongsampah huhuhu…

7)      Penimbang berat
-          Penimbang ni cari yang khas untuk kek ye bukan yang timbang berat kita. Kang haru pula x naik2 timbang tepung. Ada beberapa pilihan, sama ada yang biasa ataupun automatic. Saya punya yang biasa je, walaupun kadang2 tu naik kelabu mata nak tengok nombor yang tepat. Contohnya berat tepung 324gm huhu terjegillah mata duk menelek garis halus itu. Kalau yang automatic ni senang je, letak je dah ada tetera beratnya. Cuma harganya agak mahal sketlah. J

8)      Peralatan bakery yang lain2
-      Yang ini adalah yang biasa seperti mangkuk, whisk, Loyang, baking paper, pisau pemotong kek dan lain2. Semua ini bergantung kepada keperluan kita. Saya guna mangkuk yang biasa saja, dan yang lain tu saya ada la juga yang mana saya beli sket2.

ini yang penting apabila anda memilih bidang ini. kalau ada yang lain saya akan tambah di lain kali. oklah sy beransur dahulu kita jumpa di lain kali. rasanya macam ada yang terkurang.


Saturday, 2 January 2016

Resepi Pizza ala2 Dominos

Assalamualaikum…

Salam bertemu kembali J. Rasanya macam baru sekejap anak2 memeriahkan suasana rumah, Isnin nanti Ammar da mula sibuk dengan sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Pastinya sunyi tanpa kebecokan mulutnya, dan Arissa  juga pasti terasa sunyi tanpa usikan abang kesayangannya. Maka kembalilah tugas mama sebagai ‘Ibu Supir’. Walaupun kadangkala agak letih turun tangga naik tangga berulang kali, tapi kepuasan menjemput dan menghantar anak ke sekolah merupakan sesuatu yang saya sangat bersyukur. Alhamdulillah..

Bagaimana dengan persiapan persekolahan kawan2? Untuk persiapan sekolah Ammar simple sahaja. Kebanyakkan baju sekolah dan seluar sekolah Ammar masih lagi muat. Jadi kami cuba beli sepasang baju sekolah agama dan sepasang baju sekolah kebangsaan. Alat tulis dan peralatan sekolah lain kebanyakkannya kami beli sikit2 bermula pertengahan tahun lalu. Jadi, tumpuan hujung tahun adalah lebih kepada pembelian buku aktiviti dan yuran. Sedikit lega kalau begitu J.
Pakaian Ammar kami beli di pasaraya Kawanmu dan Pasaraya MM manakala alat tulis Ammar banyak kami beli yang biasa2 saja. Kebanyakkannya di kedai RM2, Mr. Diy ada juga sedikit dari MPH. Alhamdulillah itupun voucher free.

Oklah, melayani karenah anak yang sedang membesar dan pandai menikmati keenakkan makanan adalah sesuatu yang agak mencabar juga. Kalau dulu, telur masak kicap, telur mata kerbau tuang kicap, dan sup ayam / daging adalah faveret anak2. Kini, seiring dengan peningkatan usia, macam2 pula yang dimintanya. Heheheh. Kita pula yang kadangkala tergaru-garu kepala memikirkan permintaannya. Tarikan iklan yang begitu menggugat jiwa raga kadangkala memainkan perasaan anak2, lalu kepada si ibulah mereka meluahkan perasaan. Aduh… tetiba rasa pening kepala J

Mungkin bukan saya seorang yang merasakan bahawa pizza adalah kategori makanan mahal. Tak kisahlah, pizza hut, dominos, Canadian, Italian ataupun apa2 jenama pun, harganya agak melantun terkejut juga. Kadangkala bila memikirkan harganya, rasa teringin tu memang pendam dalam hati jauh2. Bukan apa, risau pula beli mahal2 kita sorang je yang makan. Ouuhh, sudahlah kita ni mokmok, mau terpelanting juga jarum timbang bila kita makan sekeping pizza nanti. Hahahah pengsan

Mengenangkn harganya yang mahal , maka simpan jugalah niat untuk memakan pizza dominos. Gara2 terliur dengan iklan pizza cheezy crust. Dahlah sekeping rm30++. Maka, tergerak pula bertanya dengan Ammar samada dia nak tak pizza tu. Heheheh memang rezeki bila ammar pun teruja nak makan pizza. Maka segeralah kita order menggunakan pizza delivery. Sekali sampai, ammar tak sudah memuji keenakkan pizza tersebut. Rasanya memang berbaloi dan seronok bila benda yang sedikit dapat kita kongsi sama keenakkannya.

Mungkin dah jadi term di dominos pizza, setiap penghantaran yang lambat sampai dari waktu yang sepatutnya, maka pelanggan layak menerima sekeping voucher free regular pizza untuk next order. Puas jugalah kami makan, mungkin ada la juga 2-3 kali order. Sehinggalah akhir order kami tak terima lagi voucher free tu. Huhuhu..

Selang beberapa bulan Ammar da mula merengek untuk sekeping pizza kegemarannya. Jenuh la memikir sebab memandangkan ianya mahal walupun ternyata sedap tapi mungkin tak cukup untuk dia… lalu, saya pun berjanji akan membuat pizza homemade. Serius, saya tak khatam lagi ilmu meroti, mempiza dan mendonut ke apa.. hari2 dia tuntut janji tu.. maka suatu hari tu nekadla beli bahan2 yang kebetulan ada promosi topping pizza dengan ditambah bahan sedia ada dirumah.



So, ni saya share resepi yang saya ambil dari kak azie kitchen. Rasanya memang sedap n maveles da.. Cuma saya tambah sedikit mengikut cara saya dan bahan yang saya ada dirumah

Homemade Pizza Doh
Resepi Asal  : azie kitchen

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil  - (saya gunakan minyak masak je.)
Sedikit olive oil (lumur) - ( yang ni pun saya gunakan minyak masak je)

Cara2nya: - 
( boleh follow gambar di page Azie kitchen untuk lebih detail )


1)      Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi. Saya tunggu sampai air berbuih, baru rsa confident nak masukkan dalam doh pizza.
2)      Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan minyak masak ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi. (time ni dahi saya dah berkerut sebab risau tak jadi huhuhu)
3)      Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati. Buatla potong lapan ke potong sepuluh ke. Ini untuk bagi laluan air yang berkumpul di tengah tadi tersalur ke seluruh adunan doh.
4)      Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan. Masa saya buat, doh agak melekat di tangan jadi saya ambil sesudu margerin sapu di seluruh tangan baru senang nak uli.
5)      Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, tekniknya macam kita sental baju kat papan penyental J. Nak cantik gebu uli sampai permukaannya agak licin dan tak meletak di tangan. Waktu ni rasa ringan je masa kita uli tu.
6)      Sapukan minyak masak di sekeliling mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi minyak masak di serata permukaan   atas doh.
7)      Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.
8)      Sapukan dulang pizza (saya guna Loyang yang boleh keluarkan tapak tu) (kalau takde boleh juga guna tutup periuk )dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
9)      Bakar dalam suhu 250C selama 5 minit dan kurangkan ke 220C selama 15 minit lagi atau sehingga crust bertukar keperangan. Gunakan api atas bawah.

Untuk topping :
Saya gunakan
Sos spageti tradisional jenama adabi
Cheese topping jenama family
Hot dog
Lada benggala kuning dan hijau
Mayonis
Cheddar cheese
Nak sedap lagi slice cheddar cheese

Cara susunan:
Lapisan paling bawah
adunan pizza
Parutan cheddar / slice chedar cheese
Adunan pizza
Sos spageti tradisional adabi sapukan rata seluruh permukaan
Mayonis kewpie secukup rasa
Susunan hirisan hotdog dan lada benggala
Taburan topping cheese

Tara!



Ammar kata sangat perfect! Mama punya lagi sedap dari yang beli… sedap dimakan panas2.


 

Template by BloggerCandy.com