Assalamualaikum
Salam ukhwah dari saya. Bertemu kembali kita. Susah hendak
melelapkan mata, maka saya menzahirkan inspirasi saya disini J. Semoga bermanfaat ye.
Tahun 2016 sudah pun memasuki hari yang ke-4. Menurut ramalan
pakar ekonomi, tahun ini dan seterusnya agak mencabar disebabkan kejatuhan
matawang Ringgit Malaysia (RM). Ditambah pula dengan beberapa penghapusan
subsidi dan pengenaan GST pada sesetengah barang n perkhidmatan. Ramai juga
yang mengeluh, baik pekerja, majikan dan anak2 juga tidak terkecuali. Apapun,
sama2lah kita berdoa agar kita dapat sama2 menempuhi cabaran ini dengan baik.
Ramai yang melakukan beberapa pekerjaan untuk menampung
kehidupan keluarga mereka. Ada yang berniaga, melakukan dropship, melakukan
kerja sampingan di tempat lain dan ada juga yang menjadikan bidang bakeri
sebagai sumber tambahan pendapatan. sejujurnya, biarlah apapun pekerjaan yang
kita lakukan biarlah kita kaji dahulu semua perkara baik dan buruknya.
Oklah, jom kita cerita pasal bidang bakeri. Saya Cuma kongsikan
apa yang saya tahu dan sedikit pengalaman. Semoga memberi manfaat.
Perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah apa kepakaran
kita? Sekiranya kita mahir membuat kuih talam, maka peralatan dan bahan2nya
berlainan, jika kemahiran kita membuat kek maka oven/ ketuhar diperlukan dan
ditambah dengan peralatan yg lain. Namun
begitu, kebanyakan bidang pembuatan kek dan kuih muih ni menggunakan peralatan
yang hamper sama sahaja, kecuali lah jika anda terlibat dengan dekorasi kek
maka lebih banyak peralatan yang Nampak kecil tapi penting untuk kita adakan. Untuk
permulaan, mulakanlah dengan apa yang kita mahir dulu dan ianya paling
diminanti kemudian barulah anda kembangkan ia.. J
1)
Resepi
-
Resepi memainkan peranan yang penting dalam
bidang bakeri. Walaupun resepi anda Cuma
lempeng kosong, sekiranya ianya sedap dan diminati ramai ianya tetap resepi
yang berguna untuk anda. Resepi ini anda boleh perolehi dengan meng’google’
sahaja, belajar dengan mereka yang mahir (ikuti kelas pembuatan kek dan pastry
atau join kolej komuniti), beli daripada mereka yang menjual resepi tersebut
ataupun anda memang sudah punya resepi yang memang ternyata killer produk anda.
2)
Bahan2 yang diperlukan
-
Perhatikan resepi tersebut dan baca berkali2
serta fahamkan setiap perkataan. Bahasa2 dalam bidang bakeri kebanyakkannya
adalah seperti bahasa sains. Hehehe contohnya,
whipping krim, non dairy whipping cream, yis, bread improver, dan etc;. begitu
juga dengan butter dan margerin masing2 ada perbezaan dan grednya. Biasanya,
yang mahal itu lebih sedap dan berkualiti. Kene cuba untuk standardkan rasa kek
kita ;)
3)
Periuk pengukus
-
Sekiranya resepi anda memerlukan ia dikukus,
maka inilah yang anda perlukan. Untuk permulaan tak perlula yang mahal. Boleh cuba
beli yang biasa sahaja.
4)
Oven / ketuhar
5)
mixer / mesin pengadun.
6)
Cawan penyukat
- Ini pun penting juga untuk menyukat cecair. X
boleh main agak2 je ye kalau buat kek ke kuih ni. Kene ikut resepi betul2. Kalau
dia kata 500ml sukatla tepat2 begitu. Nanti ada pulak kek tu masuk tongsampah huhuhu…
7)
Penimbang berat
-
Penimbang ni cari yang khas untuk kek ye bukan
yang timbang berat kita. Kang haru pula x naik2 timbang tepung. Ada beberapa
pilihan, sama ada yang biasa ataupun automatic. Saya punya yang biasa je,
walaupun kadang2 tu naik kelabu mata nak tengok nombor yang tepat. Contohnya berat
tepung 324gm huhu terjegillah mata duk menelek garis halus itu. Kalau yang automatic
ni senang je, letak je dah ada tetera beratnya. Cuma harganya agak mahal
sketlah. J
8)
Peralatan bakery yang lain2
- Yang ini adalah yang biasa seperti mangkuk,
whisk, Loyang, baking paper, pisau pemotong kek dan lain2. Semua ini bergantung
kepada keperluan kita. Saya guna mangkuk yang biasa saja, dan yang lain tu saya
ada la juga yang mana saya beli sket2.
ini yang penting apabila anda memilih bidang ini. kalau ada yang lain saya akan tambah di lain kali. oklah sy beransur dahulu kita jumpa di lain kali. rasanya macam ada yang terkurang.